<body>
Empty lonelyness
profile
Bounjour Alls ! Welcome to My world .Nana is here .. Lalalala :) Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :) Need some choco ?

EmaiL | Twitter | Blogger | Blogskins | FacebookFollow blog?
about me leave a message more..
Practical
Thursday 26 June 2014


Assalamulaikum w.b.t..... *ta jawab dosa* :))

  Fuuhhh fuhhh *acah2 tiup habuk sekeliling blog* mcm lama sgt jer kan ta update blog.. Sebelum nie nana ada ckp tentang praktikal kan .. and akan tlis entry tentang tu.. so  hari nie nak tulis entry pasal praktikal kat JUPEM hari tuh..

  18/4 Bermulanya perjalanan seorang perantau dari perak ke Melaka. Nana dengan sengaja dan sahaja nyaa minta praktikal kat JUPEM Melaka... Ramai laa jiran tertangga dok tanya "pasai pa dapat jauh2?" nana cuma senyum sumbing jeerr .. hehe saja nak merantau ke tempat org .. nana kan ta pernah keluar dari Perak ni.. so ni la masa nana belajar berdikari. Berdiri atas kaki sendiri. Belajar hidup ditempat org dengan cara kita bukan dengan cara org lain. Dekat sini nana menyewa dengan kawan2 nana yg dari Perak dan dari Arau. Sewa ta la mahal sgt bila share2 ni.

  Hari first sampai nana spend time dengan family lu .. yer laa niat nana minta praktikal jauh2 sebenarnya untuk family nana berjalan jugak. Ajak ibuayah jalan2 sekitar Melaka .. seronok sgt. Lagi2 adik perempuan nana yg last tu .. apa benda yg dia ta pernah nampak semua dia bertanya budak kecil kan.. mana tahu apa apa. Kita ni layan jer laa..

  Alhamdulillah sepanjang praktikal kat sana.. tada laa sebarang kejadian buruk-buruk menimpa kitorang. Setakat sesat sikit-sikit tu ada laaa.. biasa laa nama pun perantau kan mana taw tempat org. Kita nie menumpang jer di negeri org. Staff staff JUPEM pown oke oke jee... baikk oo ... and paling best nyaa tada kerja sampai kitorang naik bosan laa masuk office. Tiap kali masuk office jer dengar taklimat sejam dua.. lepas tu bukan la pc or lappy tengok movie. Sepanjang sebulan seminggu tu la duk repeat buat benda yg sama laa kat office.. cuma yg paling best bila site. Pergi JUD..(Jabatan Ukur Daerah).. Dekat sana tada laa yang mengelar diri tu pakcik.. letak pangkat diri as abg.. seriously dekat sana memang best.. diorg da la ta kasi buat kerja2 berat.. nak turun curam pown siap tolong.. alahaaii mcm kitorang puteri mana tah.. group praktikal nana semua nya perepmpuan.. yg housemate itu laa kwn2 se-group dengan nana.

wefiee kat tempat kerja :)

  Minggu kedua kitorang kat sana.. kitorang da dihadiahkan dengan saman traffic daa.. langgar lampu isyarat.. saya ta bangga oke kena saman.. cuma nak cerita kat sini .. kitorang lalu kat satu kawasan ni lengang jee.. mcm tempat baru dimajukan tetiba ada traffic light assume lampu tu rosak.. tengok depan kitorang ada kereta polis peronda dye pown redah.. Haa dengan hati yg ta cuak2.. kitorang pown follow laa kereta peronda tu..ta pasai2 belakang kitorang polis traffic datang tahan kitorang.. nahh amik saman! Moral nya kat sini.. korang kalau p mana2 agak2 ada lmpu isyarat yg tada org tu lengang2 tu jgn laa p langgar yerr. ikut laa peraturan. Kita ikut peraturan ni bukan sebab disuruh jer taw tapi utk keselamatan. THINK ABOUT THIS.
Muka lepas kena saman.

   Tinggal kat sini selama sebulan nana rasa da khatam da kowt setiap ceruk jalan kat Melaka.. dari mula2 pergi kena pakai gps smpai laa da expert bab2 jalan. Cakap jer nak p mana semua da taw daa..Kat sini kitorang da melawat hampir semua laa tempat tempat free.. hahaha.. free jer pergi..Lawatan bajet la katakan. Dok sana jaa da dua kali da nana naik A Famosa.. sebab suka pergi situ satu jer.. tempat dye berangin.. itu jer yg best .. hoho..

ni kat taman apa tah .. lupa la nama dye


  Haa nak cerita satu benda.. hari tu kitorang ada laa ziarah makam tun teja.. *Melawat tempat bersejarah kan* masuk jer makam tu tada apa taw mula2.. tapi...... bila makin dekat dengan bahagian kepala dye. Ya Allah wanginyaaa... sumpah ta tipu ... wangi sangat.. nana dr nak pergi ke bahagian kepala ta jdi..undur setapak .. wangi dye mcm org baru lepas tanam .. memang pengalaman laa. Banyak lagi laa tempat kitorang pergi daki bukit,  berkayak laa .. mcm2 laa lagi.. bole kata melaka ni mang tempat yang best laa. Every weekend ada jaa aktiviti kitorang.

  Ok lah .. ini jer serba sikit yg nana mampu cerita.. banyak lagi kalau nak cerita kat sini. Kalau buat drama da berapa puluh episod da. Apa yg nana rasa nana nak cerita and perlu cerita nana cerita laa kat sini .. setiap inci hidup nana kat sana ta perlu lah kowt utk nana cerita.. yang penting every moment that we creates together I will stored it as memory.. Precious memory. Nahh selit laa gambar dengan budak arau ..




Terima Kasih sebab sudi menjengah masuk ke blog nana .. Terima kasih sebab sudi baca ya .. :)

P/S: Typo tu kalau nmpak senyap2 da la naa. 



Assalamualaikum >,<







credits

Layout by: Steasy
Icons: Reviviscent & Thefadingnight
Inspiration: Up & Down
miscellaneous


.
Enjoy.